Tuesday, September 08, 2009

Fruit Salad



FRUITS SALAD

Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick

Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil


-fyz- :)


Petola Tumis



TUMIS SAYUR PETOLA

Bahan
2 batang petola [buangkan kulkit dan potong kecil dan nipis]
1 batang kecil carrot [ptong kecil]
1 biji cili merah [hiriskan]
sedikit udang segar [buangkan kulit dan bersihkan]
sedikit air
minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukan petola, carrot, garam dan air. Biarkan mendideh.
4. Masukan cili merah hiris dan kacau rata.
5. Bila dah nampak layu boleh hidangkan.


-fyz- :)


Monday, September 07, 2009

Sup Cendawan Tiram

Sup Cendawan Tiram

Air (satu cawan)
Bawang Putih (seulas)
Bawang Merah (seulas)
Daun Kunyit sehelai @ Serai sebatang
Cendawan Tiram (sepeket ... dikoyak2)
Garam

Cara:

1) Masukkan air, daun kunyit/serai, hirisan bawang putih dan merah dalam periuk. Masak sampai mendidih.
2) Masukkan cendawan, garam secukup rasa ... siap!!

-fyz- :)

Biskut Amos

Bahan-Bahan

  • 250 gm mentega
  • 6 oz gula halus
  • 6 oz gula perang[brown sugar]
  • 2 biji telur [2 kuning &1 putih]
  • 450 gm self-raising flour
  • 150 gm walnut atau badam
  • suku sudu teh soda bikarbonat

Cara Memasak

  1. Pukul mentega hingga gebu.
  2. Masukkan kedua-dua jenis gula tadi, vanilla dan telur dan di kacau rata.
  3. Masukkan tepung, chocolate chips dan walnut dikacau rata.
  4. Ambil sesudu adunan tadi dan ditaruh di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 150-170c selama 15-20 minit.

-fyz- :)

Biskut Arab

Bahan-Bahan

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 gm gula halus 250 gm minyak sapi

Cara Memasak

  1. Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
  2. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
  3. Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.
  4. Kemudian digolekkan di atas gula halus.

-fyz- :)

Biskut Cornflakes

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 cawan cornflake, diramas
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 camca teh esen vanila
  • Sedikit cornflake untuk hiasan

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila, adun sehingga sebati.
  2. Masukkan cornflake yang telah diramas tadi. Kemudian, masukkan tepung gandum dan juga tepung ubi.
  3. Kacau hingga sebati. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat.
  4. Hiaskan dengan cornflake dan bakar.

-fyz- :)

Biskut Dam

Bahan-Bahan

  • 900 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200 gm mentega
  • 250 gm gula kastor 2 biji telur
  • 2 sudu teh parutan kulit lemon
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 50 gm serbuk koko

Cara Memasak

  1. Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam.
  2. Pukul mentega, gula, telur dan parutan kulit lemon serta jus lemon.
  3. Masukkan campuran tepung sambil digaulkan hingga menjadi doh kepada dua bahagian.
  4. Satu bahagian diwarnakan hijau dan satu lagi warna oren.
  5. Canai dan corakkan kemudian bolehlah dipotong-potong dan dibakar hingga masak.
-fyz- :)

Banana Shake

Bahan-Bahan

  • 3-4 ulas pisang
  • 6-7 biji buah prune
  • 1/2 cup yogurt
  • 1 cup susu segar rendah lemak
  • Segenggam kismis
  • Sedikit garam

Cara Menyediakan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar sampai sebati bahan-bahan tersebut. Setelah itu, minuman ini sedia untuk diminum.

-fyz- :)

Air Kelapa

Bahan-Bahan

  • 1 biji kelapa muda
  • 125 gm (4 camca besar penuh) gula pasir (untuk dibuat sirap)
  • 125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap)

Hiasan

  • Air kelapa
  • 375 ml air sejuk dari peti ais
  • Isi kelapa yang dikikis

Cara Menyediakan

  1. Sediakan sirap.
  2. Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuang air panas mendidih ke dalamnya.
  3. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan buah.
  4. Tebuk bahagian atas kelapa tuangkan airnya ke dalam jag.
  5. Belah kelapa dan kikiskan isinya dengan camca teh.
  6. Bubuh isinya ke dalam jag.
  7. Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag dan tambahkan air sejuk secukupnya.
  8. Sejukkan di dalam peti ais.
  9. Hidangkan di dalam jag.

-fyz- :)

Ais Krim Soda Bandung

Bahan-Bahan

  • 1 botol - ice-cream soda
  • 1 tin - susu cair/pekat
  • 1 sudu besar air sirap
  • 3 sudu teh gula
  • sedikit air suam

Cara Memasak

  1. Campurkan 1 tin susu cair/pekat bersama 1 sudu besar sirap dengan air suam dan kacau sehingga sebati.
  2. Tuangkan 1 botol ice-cream soda ke dalam campuran tadi.
  3. Sekiranya nak sejuk tambahkan ice-kiub.
-fyz- :)

Air Bandung Cincau

Bahan-Bahan

  • Sirap
  • Air yang dah masak
  • Susu pekat
  • Cincau

Cara Menyediakan

  1. Bancuh sirap dalam air yang sudah dimasak.
  2. Kemudian masukkan susu pekat ke dalam bancuhan air sirap tadi.
  3. Kalau tak nak manis sangat, jangan letak banyak-banyak, cukup sekadar rasa.
  4. Kemudian masukkan cincau yang sudah dipotong ke dalam air sirap bandung tadi.
  5. Bolehlah dihidang kepada tetamu.

Cadangan Hidangan
Hidangkanlah di dalam jug yang ada ais


-fyz- :)



Banana Choc

Bahan-Bahan

  • Pisang 1-2 biji bergantung kepada saiz pisang
  • Milo 3-4 sudu besar susu segar/ susu sejat 1 cawan
  • Gula (ikut suka)
  • Ais batu 7-8 ketul

Cara Memasak

  1. Masukan kesemua bahan ke dalam blender.
  2. Kisar hingga semuanya sebati dan ais tadi telah betul-betul hancur.
  3. Kemudian tuangkan ke dalam gelas dan sedia untuk di nikmati.
  4. Selamat mencuba!
-fyz- :)

Udang Masak Serai Wangi

Bahan-Bahan

  • 600 gm udang harimau - digoreng setengah masak
  • 4 batang serai
  • 100 gm cili kering
  • 100 gm bawang merah
  • 100 gm cili merah
  • 70 gm bawang putih
  • 70 gm halia muda
  • 3 sudu besar pati asam jawa
  • 30 gm belacan bakar
  • 100 gm pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Kisar halus serai, cili kering, bawang merah, cili merah, bawang putih dan halia muda.
  2. Tumis hingga wangi dan masukkan air asam jawa dan sedikit santan cair.
  3. Masak atas api sederhana hingga kuah pekat.
  4. Masukkan pati santan dan udang.
  5. Masak hingga naik bau.

-fyz- :)

Mee Jawa

Bahan-Bahan

  • Sedikit udang kering
  • Segenggam kacang tanah (disangan)
  • Cili padi (mengikut selera masing-masing)
  • Sedikit jintan manis
  • Sedikit jintan putih
  • 2 biji kentang (direbus hingga empuk)
  • 2 biji keledek (direbus hingga empuk)
  • Air rebusan daging

Bahan Untuk Kuih

  • Tepung gandum
  • 100 gm udang sederhana besar
  • Daun kucai
  • Daun bawang
  • 1 sudu mauripan
  • Telur (dipukul hingga kembang)

Cara Memasak

Bahan Kuah

  1. Rebus daging dan ambil airnya.
  2. Kacang tanah disangan tanpa minyak. Kemudian kisar halus.
  3. Tumbukkan jintan manis dan jintan putih sehingga lumat.
  4. Tumbukkan cili padi sehingga lumat. Jumlahnya tidak terbatas, mengikut selera masing-masing.
  5. Tumbuk udang kering yang telah dibasuh sehingga lumat.
  6. Akhir sekali tumbuk kentang dan keledek yang telah direbus sehingga empuk tadi.
  7. Satukan kesemua bahan-bahan di atas dan gaul rata menggunakan air rebusan daging. Sekiranya adunan tidak halus, bolehlah dikisar menggunakan blender supaya kuahnya lebih halus.
  8. Kemudian, masukkan bahan yang telah digaul rata ke dalam periuk, masak di atas api yang sederhana. Sekiranya kuah kelihatan cair, puan boleh bancuhkan sedikit tepung jagung/tepung gandum dah masukkan ke dalam kuah.
  9. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Boleh juga ditambah dengan serbuk perasa sekiranya suka.
  10. Masak sehingga kuah mendidih.

Cara Membuat Kuih

  1. Masukkan tepung gandum ke dalam mangkuk.
  2. Pukul 1 biji telur ayam sehingga kembang dan masukkan ke dalam tepung tadi.
  3. Masukkan udang, daun bawang dan kucai yang telah dipotong ke dalam adunan.
  4. Kacau adunan hingga sebati, masukkan 1 sudu mauripan untuk menjadikan adunan kembang. Garam secukup rasa.
  5. Biarkan sehingga adunan kembang barulah digoreng seperti membuat jemput-jemput tepung.

Hiasan

  1. Rebus 3 biji telur dan belah 2 setelah masak.
  2. Hiris nipis daun sup untuk ditabur ke atas mee.
  3. Gorengkan bawang untuk penabur.
  4. Tumbuk udang kering sehingga menjadi serbuk halus.
  5. Hiris nipis cili masak.
  6. Rebus tauge.
  7. Potong kuih yang telah digoreng tadi.

Apabila telah siap, mee bolehlah diletak di dalam mangkuk berserta kuah, Hiaskan dengan telur rebus, bawang goreng, daun sup, tauge, serbuk udang kering, cili hiris dan kuih yang telah dipotong-potong.

Cadangan Hidangan
Penyediaan untuk 5 orang

Tambahan
Sekiranya suka, puan boleh juga mencampurkan kuah dengan daging yang dipotong nipis-nipis.


-fyz- :)



Ketupat Palas

Bahan-Bahan

  • 4 tin susu beras pulut
  • 1 biji kelapa (ambil santan pekat)
  • Sedikit garam
  • Daun palas secukup kegunaan

Cara Memasak

  1. Beras pulut dibersih, kemudian direndam, dibasuh dan toskan airnya.
  2. Setelah itu dikukus separuh masak.
  3. Angkat & gaulkan dengan santan yang dicampur garam, kukuskan semula.
  4. Bila pulut telah masak angkat & sejukkan setelah itu bungkuskan di dalam daun palas & rebus di dalam air panas yang telah mendidih sehingga cukup tanak.
  5. Setelah itu keluarkan & gantungkan supaya sejuk.

-fyz- :)

Bubur Ayam Hongkong

Bahan-Bahan

  • 250 gm beras
  • 1 liter air
  • 1/2 senduk teh merica bubuk
  • 1 ekor ayam, dibelah
  • 2 hingga 4 siung bawang putih
  • 1 senduk teh garam
  • 5 biji telur
  • 5 buah cakue, hiris halus
  • 5 senduk teh tongcay
  • 5 senduk teh bawang merah goreng
  • 1 senduk makan daun ketumbar, dicincang

Cara Memasak

  1. Didihkan air, masukkan ayam, rebus hingga ayam lunak, lalu angkat ayamnya, tiriskan, ambil dagingnya dan potong-potong berbentuk dadu.
  2. Tumis bawang putih hingga harum, lalu masukkan beras, kacau rata selama 3 minit, angkat dari api.
  3. Masukkan tumisan beras ke dalam sisa kaldu ayam, masak sehingga menjadi bubur.
  4. Masukkan potongan daging ayam, merica bubuk, dan garam, aduk rata, angkat.
  5. Pecahkan sebiji telur pada dasar mangkuk, tuangkan bubur panas-panas, lalu taburi atasnya dengan 1 buah cakue, 1 senduk teh tongcay, 1 senduk teh bawang merah goreng, dan sebahagian daun ketumbar.

-fyz- :)

Banana Crumble

Bahan-Bahan

  • 175 gm tepung
  • 125 gm brown sugar
  • 125 gm oat
  • 125 gm butter
  • Pisang (dipotong)
  • Madu (jika perlu)

Cara Memasak

  1. Preheat oven selama 10 minit / 190 C.
  2. Lembutkan butter di dalam microwave.
  3. Masukkan tepung, brown sugar, oat dan madu di dalam mangkuk dan tuangkan butter.
  4. Adun sehingga sebati.
  5. Susun pisang di dalam pyrex / oven bowl.
  6. Masukkan adunan tepung di atas lapisan pisang.
  7. Bakar di dalam oven selama setengah jam.
-fyz- :)

Cara Berlauk

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan santan pekat
  • 3 cawan santan cair
  • 1 biji telur
  • 1 camb. gula
  • 1 camt. serbuk kunyit
  • 1 camt garam
  • Minyak masak
  • Serbuk perasa (kalau suka)

Inti

  • 100 gm daging kisar
  • 1 pkt. rempah kurma
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam
  • Minyak masak
  • Daun sup - mayang halus
  • Lada merah - potong bulat-bulat (nipis - untuk hiasan)
  • Serbuk perasa kalau suka

Cara Memasak

Untuk inti

  1. Ketuk bawang putih
  2. Tumiskan bawang putih hingga wangi,
  3. Masukkan rempah, daging dan garam.
  4. Masak hingga kering sikit kuahnya.
  5. Angkat dan sejukan.
  6. Gaulkan bersama daun sup yang dimayang tadi.

Untuk tepung

  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan gaul hingga sebati.
  2. Panaskan acuan baulu cermai.
  3. Bila sudah panas, masukkan sedikit minyak, adunan tepung dalam acuan tadi satu per satu.
  4. Masukkan inti dan taburkan lada di atasnya.
  5. Bakar hingga masak.

Cadangan Hidangan
Sedap untuk minum petang.


-fyz- :)


Agar - Agar

Bahan-Bahan

  • 1/2 oz. (15 gm) agar-agar (direndamkan & ditoskan)
  • 3 pt. (1.8 l.) air
  • secubit garam
  • 14 oz. (440 gm) gula pasir
  • 1.5 camt. esen vanila

Bahan agar-agar berwarna

  • 1/4 oz. (7 gm) agar-agar (direndam & ditoskan)
  • 1 pt. (600 ml) air
  • 8 oz (250 gm) gula pasir
  • 1/2 camt. esen vanila
  • 3-4 helai daun pandan (ditumbuk & diambil airnya)
  • 1 camt. air
  • bahan pewarna merah dan kuning

Untuk menyediakan agar-agar berwarna

  1. Masak agar-agar dengan air hingga larut.
  2. Masukkan gula dan kacau hingga hancur.
  3. Bila mendidih, angkat dan tapiskan.
  4. Campurkan esen vanila dan bahagikan campuran itu kepada 3 buah mangkuk.
  5. Warnakan dengan air daun pandan, pewarna merah dan kuning tiap-tiap satunya.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.

Untuk menyediakan agar-agar

  1. Masak agar-agar seperti diatas.
  2. Masukkan garam dan gula.
  3. Apabila telah masak, tuangkan ke dalam sebuah acuan agar-agar.
  4. Biarkan sejuk dan pekat. Keluarkan agar-agar berwarna daripada acuan-acuannya dan parut dengan pemarut rojak.
  5. Campurkan rata-rata dan kacau ke dalam acuan agar-agar yang besar.
  6. Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga menjadi keras.
  7. Hidangkan setelah ia sejuk.

-fyz- :)

Cheese & Egg Tart

Bahan-Bahan

  • 200-300 gm kulit doh puff pastri
  • 2 biji telur
  • 4 biji telur kuning
  • 250 ml susu sejat
  • 150-180 gm gula kastor
  • 250 ml susu segar
  • 60 gm keju mozzarella
  • 1 sudu esen vanila

Cara Memasak

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali keju di dalam mixing bowl, kemudian kacau dan pukul hingga sebati.
  2. Potong doh puff pastri mengikut acuan muffin dan taburkan keju mozzarella di dalamnya. Tuangkan adunan pertama hingga penuh.
  3. Bakar pada suhu 170c, kira-kira 20-30 minit mengikut saiz tart.
Cadangan Hidangan
Sesuai untuk majlis, party hari jadi dan lain-lain.


-fyz- :)

Cendawan Tepung Rangup

Bahan-Bahan

  • Abalone mushroom
  • Tepung gandum
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk kari daging
  • Garam
  • Air
  • Minyak 500 gm
  • 1/4 Sudu Teh
  • Secukup Rasa

Cara Memasak

  1. Cuci cendawan bersih dan toskan.
  2. Gaulkan tepung, serbuk kunyit, serbuk kari, garam dan air sehingga membentuk adunan seperti untuk menggoreng pisang.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali.
  4. Celupkan cendawan ke dalam tepung dan goreng.
  5. Angkat setelah cendawan berwarna kuning keemasan.


-fyz-
:)

Kek Batik, Kek Marmar & Cheese Cake

::: Kek Batik :::





Bahan-Bahan

* 1 pack biskut marie
* 1 cawan susu pekat manis
* 3 sudu besar serbuk koko
* 2 cawan milo
* 1 biji telur
* 250 gm butter

Cara Memasak

1. Cairkan butter atas api perlahan.
2. Masukkan susu manis dan gaul atas api perlahan.
3. Masukkan telur dan gaul sebati.
4. Masukkan serbuk koko & milo
5. Setelah sebati angkat dari api.
6. Masukkan biskut marie yang telah dipatahkan
7. Susun dalam bekas dan sejukkan.


------------------------------------------------------
::: Cheese Cake :::








Bahan-Bahan

Asas
1 biji span biasa/vanilla nipis dalam acuan bulat 9 inci

Bahan-bahan A

  • 250 gm Krim Keju
  • 30 gm mentega
  • 30 gm gula kastor
  • 3 biji kuning telur grade A
  • 2 biji limau kasturi..ambil jusnya
  • 1 s/k esen vanilla

Bahan-bahan B

  • 3 biji putih telur grade A
  • 30 gm gula kastor
  • 1/2 s/k cream of tartar
  • 1 s/b tepung jagung
  • Hiasan..cream coklat cair
  • Oven setting 150'c
  • Masa bakar 1 jam secara steam-bake

Cara Memasak

  1. Pukulkan krim keju, mentega, dan gula dalam mangkuk sehingga kembang.
  2. Masukkan telur kuning satu persatu.
  3. Masukkan perlahan esen vanilla dan jus limau kasturi.
  4. Masukkan semua bahan B dalam mangkuk yang lain dan pukul sehingga menjadi ringan dan gebu.
  5. Campurkan bahan B kedalam bahan A. Kacau rata.
  6. Masukkan tepung jagung ke dalam adunan perlahan. Kacau rata.
  7. Masukkan adunan dalam acuan yang sedia ada kek span nipis tadi.
  8. Masukkan acuan ini dalam acauan yang lebih besar dan masukkan air.
  9. Bakar sehingga masak.
  10. Keluarkan kek dan sejukkan. Hiaskan dengan coklat cair.
  11. Bila hendak dipotong gunakan pisau plastik yang telah dicelupkan dalam air panas.
---------------------------------------------------------------------------------
::: Kek Marmar :::


Bahan-Bahan

  • 25 biji telur, asingkan putihnya
  • 688 gm gula halus
  • 850 gm mentega
  • 13 camca besar susu pekat
  • 688 gm tepung gandum 4 camca teh serbuk penaik
  • 4 camca teh esen vanila
  • Sedikit pewarna kuning
  • 5 camca sedang serbuk koko

Cara Memasak

  1. Putar putih telur hingga gebu, kemudian masukkan gula dan putar hingga gula hancur.
  2. Masukkan kuning telur dan putar hingga sebati. Ketepikan.
  3. Mentega dipukul bersama susu hingga kembang di dalam bekas lain.
  4. Masukkan adunan mentega ke dalam adunan putih telur. Putar perlahan hingga sebati.
  5. Sambil itu, masukkan tepung yang diayak bersama serbuk penaik, sedikit demi sedikit.
  6. Masukkan esen vanila dan putar lagi.
  7. Apabila sebati, bahagikan adunan kepada tiga bahagian. Warnakan kuning, coklat dan warna asal.
  8. Tuangkan adunan berselang-seli ke dalam acuan hingga semua bahagian habis.
  9. Bakar hingga masak.




-fyz-
:)