Tuesday, September 08, 2009

Fruit Salad



FRUITS SALAD

Bahan:
2 biji epal hijau
2 biji epal merah
2 biji mangga (yg masak tapi keras)
1 biji betik exotica
1 tin nenas kiub
anggur merah dan hijau
kismis hitam dan kuning
3 cawan yogurt (sebarang perisa)
3 cawan ice-cream vanilla
3 s/b oren sunquick

Cara:
1. Potong dadu semua bahan yang besar.
2. Gaul rata bersama yogurt semua bahan2 in.
3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
dihidangkan dalam mangkuk kecil


-fyz- :)


Petola Tumis



TUMIS SAYUR PETOLA

Bahan
2 batang petola [buangkan kulkit dan potong kecil dan nipis]
1 batang kecil carrot [ptong kecil]
1 biji cili merah [hiriskan]
sedikit udang segar [buangkan kulit dan bersihkan]
sedikit air
minyak
garam

Bahan hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan kacau rata.
3. Masukan petola, carrot, garam dan air. Biarkan mendideh.
4. Masukan cili merah hiris dan kacau rata.
5. Bila dah nampak layu boleh hidangkan.


-fyz- :)


Monday, September 07, 2009

Sup Cendawan Tiram

Sup Cendawan Tiram

Air (satu cawan)
Bawang Putih (seulas)
Bawang Merah (seulas)
Daun Kunyit sehelai @ Serai sebatang
Cendawan Tiram (sepeket ... dikoyak2)
Garam

Cara:

1) Masukkan air, daun kunyit/serai, hirisan bawang putih dan merah dalam periuk. Masak sampai mendidih.
2) Masukkan cendawan, garam secukup rasa ... siap!!

-fyz- :)

Biskut Amos

Bahan-Bahan

  • 250 gm mentega
  • 6 oz gula halus
  • 6 oz gula perang[brown sugar]
  • 2 biji telur [2 kuning &1 putih]
  • 450 gm self-raising flour
  • 150 gm walnut atau badam
  • suku sudu teh soda bikarbonat

Cara Memasak

  1. Pukul mentega hingga gebu.
  2. Masukkan kedua-dua jenis gula tadi, vanilla dan telur dan di kacau rata.
  3. Masukkan tepung, chocolate chips dan walnut dikacau rata.
  4. Ambil sesudu adunan tadi dan ditaruh di atas dulang pembakar.
  5. Bakar pada suhu 150-170c selama 15-20 minit.

-fyz- :)

Biskut Arab

Bahan-Bahan

  • 500 gm tepung gandum
  • 250 gm gula halus 250 gm minyak sapi

Cara Memasak

  1. Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
  2. Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
  3. Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.
  4. Kemudian digolekkan di atas gula halus.

-fyz- :)

Biskut Cornflakes

Bahan-Bahan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 cawan cornflake, diramas
  • 1/4 cawan mentega
  • 1 camca teh esen vanila
  • Sedikit cornflake untuk hiasan

Cara Memasak

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur dan esen vanila, adun sehingga sebati.
  2. Masukkan cornflake yang telah diramas tadi. Kemudian, masukkan tepung gandum dan juga tepung ubi.
  3. Kacau hingga sebati. Kemudian bentukkan adunan bulat-bulat.
  4. Hiaskan dengan cornflake dan bakar.

-fyz- :)

Biskut Dam

Bahan-Bahan

  • 900 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh garam
  • 200 gm mentega
  • 250 gm gula kastor 2 biji telur
  • 2 sudu teh parutan kulit lemon
  • 1 sudu teh jus lemon
  • 50 gm serbuk koko

Cara Memasak

  1. Campurkan tepung, serbuk penaik dan garam.
  2. Pukul mentega, gula, telur dan parutan kulit lemon serta jus lemon.
  3. Masukkan campuran tepung sambil digaulkan hingga menjadi doh kepada dua bahagian.
  4. Satu bahagian diwarnakan hijau dan satu lagi warna oren.
  5. Canai dan corakkan kemudian bolehlah dipotong-potong dan dibakar hingga masak.
-fyz- :)

Banana Shake

Bahan-Bahan

  • 3-4 ulas pisang
  • 6-7 biji buah prune
  • 1/2 cup yogurt
  • 1 cup susu segar rendah lemak
  • Segenggam kismis
  • Sedikit garam

Cara Menyediakan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam pengisar.
  2. Kisar sampai sebati bahan-bahan tersebut. Setelah itu, minuman ini sedia untuk diminum.

-fyz- :)

Air Kelapa

Bahan-Bahan

  • 1 biji kelapa muda
  • 125 gm (4 camca besar penuh) gula pasir (untuk dibuat sirap)
  • 125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap)

Hiasan

  • Air kelapa
  • 375 ml air sejuk dari peti ais
  • Isi kelapa yang dikikis

Cara Menyediakan

  1. Sediakan sirap.
  2. Masukkan gula ke dalam mangkuk dan tuang air panas mendidih ke dalamnya.
  3. Kacau dan tutup mangkuk itu. Sediakan buah.
  4. Tebuk bahagian atas kelapa tuangkan airnya ke dalam jag.
  5. Belah kelapa dan kikiskan isinya dengan camca teh.
  6. Bubuh isinya ke dalam jag.
  7. Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag dan tambahkan air sejuk secukupnya.
  8. Sejukkan di dalam peti ais.
  9. Hidangkan di dalam jag.

-fyz- :)

Ais Krim Soda Bandung

Bahan-Bahan

  • 1 botol - ice-cream soda
  • 1 tin - susu cair/pekat
  • 1 sudu besar air sirap
  • 3 sudu teh gula
  • sedikit air suam

Cara Memasak

  1. Campurkan 1 tin susu cair/pekat bersama 1 sudu besar sirap dengan air suam dan kacau sehingga sebati.
  2. Tuangkan 1 botol ice-cream soda ke dalam campuran tadi.
  3. Sekiranya nak sejuk tambahkan ice-kiub.
-fyz- :)